PM tiada masalah duduk bincang isu persefahaman politik - Utusan Malaysia

PM tiada masalah duduk bincang isu persefahaman politik

ANNUAR Musa bersama Ismail Sabri Yaakob menyertai Jalan Teguh Bersama pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putra, Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiada halangan untuk berbincang dengan rakan politik dalam pentadbiran kerajaan berhubung apa-apa sahaja isu serius.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, apa yang dibangkitkan oleh Perikatan Nasional (PN) kelmarin akan dibincang dalam satu pertemuan tidak lama lagi.

“Saya fikir, ia bukan perkara terlalu rumit dan difahamkan pihak PN akan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat kerana itulah sebaik-baiknya bagi rungkai sesuatu masalah.

“Saya percaya Perdana Menteri dalam apa jua tindakan, akan mengambil kira situasi negara dan kepentingan rakyat terbanyak, soal politik kepartian tidak boleh kita dahulukan” katanya.

Terdahulu, beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 menyertai pelancaran program tersebut oleh Ismail Sabri, di sini hari ini.

Lebih 15,000 orang hadir memeriahkan acara setelah dua tahun tidak dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 pada masa berkenaan.

Khamis lalu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi ‘kata dua’ kepada Ismail Sabri agar tidak mengenepikan ‘persefahaman’ yang dimeterai dengan blok tersebut.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, kenyataan oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu dipercayai merujuk isu ketiadaan pelantikan Timbalan Perdana Menteri.

Parti berkenaan dipercayai menuntut jawatan berkenaan sebagai timbal balas sokongan PN, namun dibantah ramai tokoh Barisan Nasional (BN) kerana ia pun bukan perjanjian rasmi.

Mengulas lanjut, Annuar menegaskan, seelok-eloknya biarlah ‘duduk bersama’ demi bagi mendahulukan kepentingan negara berbanding lebih mengutamakan masalah remeh kepartian.

“Perdana Menteri tiada masalah pun berbincang dengan mana-mana pihak dalam apa sahaja perkara terutama bersama rakan parti yang terlibat dalam pembentukan kerajaan,” katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa para pemimpin BN yang berkhidmat dalam jemaah Kabinet juga bekerja seperti biasa dengan kalangan menteri dari komponen PN tanpa ada masalah. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya