Lebih 20,000 hektar sawah hilang, kerajaan galak usaha pulih tanah terbiar

Lebih 20,000 hektar sawah hilang, kerajaan galak usaha pulih tanah terbiar

MOHAMAD Sabu meninjau keadaan tanaman padi ketika lawatan ke projek pembukaan semula kawasan sawah terbiar di Pahang Tua di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Malaysia kehilangan lebih 20,000 hektar tanah sawah di seluruh negara berikutan pertukaran guna tanah bagi pembangunan dan aktor pengabaian. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, situasi itu membimbangkan kerana sebahagian kawasan sawah terbiar apabila generasi muda tidak lagi meneruskan usaha pertanian, sebaliknya berhijrah ke bandar mencari pekerjaan lain.

“Selain pembangunan perumahan dan projek lain, ada juga tanah sawah yang terbiar kerana kurang pewaris dalam kalangan generasi muda untuk mengusahakannya,” katanya selepas meninjau projek pembukaan semula kawasan padi terbiar di Pahang Tua, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad menggalakkan penglibatan syarikat swasta dengan kerjasama agensi kerajaan untuk mengusahakan semula tanah sawah terbiar melalui perjanjian sewaan dengan pemilik tanah.

Katanya, pendekatan tersebut bukan sahaja dapat mengoptimumkan penggunaan tanah, malah membantu pesawah berusia yang tidak lagi mampu mengusahakan sawah mereka untuk terus memperoleh manfaat.

“Sebagai contoh, PLS Group telah membuat perjanjian menyewa kawasan sawah terbiar di Pahang Tua untuk diusahakan semula,” katanya.

Projek pembukaan semula kawasan padi terbiar di Pahang Tua melibatkan keluasan kira-kira 200 hektar itu beserta dengan 100 daripada 548 petani  menyertai program berkenaan menerusi syarikat PLS.

Sementara itu, Penyelia Projek PLS Group, Dr. Hushaimi Ismail berkata, pihaknya berjaya membersihkan kira-kira 200 hektar tanah terbiar, dengan 72 hektar daripadanya ditanam semula.

Katanya, kerja pemulihan itu bermula sejak Februari lalu menerusi perjanjian sewaan selama enam musim bersama petani. Melalui perjanjian ini, petani masih memperoleh hasil, manakala tanah sawah yang sebelum ini terbiar dapat dibangunkan dengan lebih sistematik dan produktif,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN