Nadal ‘raja’ Grand Slam - Utusan Malaysia

Nadal ‘raja’ Grand Slam

Rafael Nadal meraikan kejayaanya bersama-sama peminatnya.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Disebalik kejayaan merangkul gelaran ke-14 Terbuka Perancis dan melebarkan rekod kemenangan Grand Slam buat kali ke-22 namun timbul tanda tanya tentang masa depan Rafael Nadal dalam sukan tersebut.

Bintang Sepanyol itu, berkata dia tidak boleh terus bermain jika masalah kakinya yang mengalami kebas berterusan dan mengakui masih berusaha mencari jalan penyelesaian.

Nadal menjulang trofi Grand Slam ke-22 buat dirinya.

“Ia jelas bahawa keadaan saya ini mungkin tidak membolehkan saya meneruskan karier saya.

“Saya akan terus berusaha untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi apa yang berlaku di kaki saya,” katanya.

Nadal merangkul kejuaraan Terbuka Perancis yang ke-14 menerusi kemenangan straight set 6-3, 6-3, 6-0 ke atas Casper Ruud dan ia hadir selepas 17 tahun lalu dia merangkul gelaran sulung Terbuka Perancis pada umur 19 tahun pada 2005.

Pemain berusia 36 tahun itu, mendedahkan dia memerlukan ubat tahan sakit iaitu suntikan anestetik pada kaki kirinya sebelum turun beraksi di setiap perlawanan kerana itu adalah satu-satunya cara untuk dia menyertai kejohanan ini.

Nadal membalas pukulan lawannya Casper Ruud dalam aksi final lelaki Terbuka Perancis.-AFP

“Jika ia berkesan, saya teruskan. Jika tidak ia akan menjadi cerita lain dan saya akan bertanya kepada diri sendiri sama ada saya akan bersedia untuk melakukan pembedahan besar yang mungkin tidak menjamin saya mampu untuk terus bersaing dan mungkin mengambil masa lama untuk kembali,” ujarnya.

Kejayaan itu membolehkan pemain Sepanyol dan raja gelanggang tanah liat itu menjadi pemain lelaki paling tua berjaya muncul juara di Roland Garros.

Nadal sekarang ini memiliki kelebihan dua kejuaraan Grand Slam mengatasi seteru lamanya, Novak Djokovic dan Roger Federer.

“Bagi saya secara peribadi, amat sukar untuk menggambarkan perasaan yang saya ada. Ia sesuatu yang saya tidak pernah percaya, bahawa saya akan berada di sini pada usia 36 tahun, bersaing semula, bermain di gelanggang paling penting dalam karier saya sekali lagi dalam perlawanan akhir.

“Ia bermakna segala-galanya bagi saya. Ia bermakna banyak tenaga untuk cuba meneruskannya. Saya tidak tahu apa yang boleh berlaku pada masa hadapan tetapi saya akan terus berjuang untuk cuba meneruskannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya