fbpx

Faizal Azumu mohon ampun dan minta maaf

AHMAD FAIZAL AZUMU

PETALING JAYA : Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan sokongan pemain ke-12 kepada skuad Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 amat penting dan dihargai.

Ujarnya dia mendakwa kenyataannya mengenai sokongan penyokong menjadi antara faktor kekalahan kepada Bahrain 2-1 Sabtu lalu disalahertikan.

“Sorakan dan sokongan penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.

“(Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap2 bola saya sebelum ini disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” ciapnya menerusi akaun Twitter, sebentar tadi.

Sebelum ini, Ahmad Faizal tampil membela penjaga gawang Harimau Malaya, Farizal Marlias susulan kesilapan dilakukannya hingga menyebabkan skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Tegasnya, faktor luaran termasuk membabitkan lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung juga harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan mereka secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain skuad negara hilang fokus sewaktu perlawanan.

Susulan kenyataan tersebut, netizen menyelar dan mempersoalkan kenyataan tersebut.

Skuad kebangsaan pimpinan Kim Pan Gon bakal turun pada aksi terakhir Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 malam ini menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan harus dicapai Malaysia bagi memastikan kemaraan ke pentas Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung Jun tahun depan. -UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!