THT mudah atasi skuad muda - Utusan Malaysia

THT mudah atasi skuad muda

FAIZAL Saari (dua,kanan) diasak dalam aksi Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki MBKT di kuala Terengganu, petang tadi.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) menepati ramalan apabila menumpaskan skuad pembangunan negara 6-2 dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini hari ini.

Pemain tengah, Akhimullah Anuar Esook dan Muhammad Firdaus Omar membuka tirai jaringan THT pada minit ketiga dan kelapan sebelum Sufi Ismat Rohulamin (m-23) membawa kedudukan 3-0 ke bilik persalinan.

THT semakin selesa apabila Noor Firdaus Rosdi menyambung pukulan Mohd. Fitri Saari dari sebelah kiri dan menewaskan penjaga gol pelawat buat kali keempat pada minit ke-47.

Kurang seminit selepas itu, giliran Mohd. Fitri pula muncul sebagai penjaring apabila dengan mudah melepasi pertahanan skuad pembangunan negara untuk meletakkan tuan rumah mendahului lima gol tanpa balas.

Pelawat kemudian merapatkan jurang setelah Mohammad Shafiq Abdullah menyudahkan bola muntah daripada percubaan awal yang dinafikan penjaga gol THT, Hazrul Faiz Ahmad Sobri.

Dua minit selepas itu, Akhimullah menjaringkan gol kedua peribadi dan keenam pasukannya selepas menyambar hantaran Mohd. Fitri untuk menambah derita skuad muda negara.

Jaringan Muhamad Salman Sudirman pada minit ke-58 buat pelawat sekadar menjadi pelengkap sebelum kedudukan 6-2 memihak kepada THT sehingga wisel penamat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.