Tahun Baharu Cina: 261 kemalangan berlaku di Melaka  - Utusan Malaysia

Tahun Baharu Cina: 261 kemalangan berlaku di Melaka 

ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang masuk ke Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis Melaka merekodkan 261 kes kemalangan dengan satu kejadian maut dalam tempoh lima hari, sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, 56 daripada kes berlaku di persimpangan lampu isyarat.

Katanya, kemalangan berpunca apabila pengguna jalan raya cuba memotong barisan menyebabkan seramai 10 individu terlibat mengalami cedera parah, manakala 46 cedera ringan.

“Dalam tempoh lima hari Op Selamat 17 yang dijalankan sempena Tahun Baharu Cina, kita telah merekodkan sebanyak 261 kes kemalangan termasuk satu kejadian maut.

“Kebanyakan kes berpunca daripada sikap tidak sabar pengguna jalan raya yang bertindak memotong barisan di lampu isyarat sehingga menyebabkan kecederaan dan menyusahkan orang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai Op Selamat 17 di Plaza Tol Ayer Keroh di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penguatkuasaan operasi, beliau memberitahu pihaknya telah mengeluarkan saman sebanyak 4,279 berjumlah RM1.28 juta terhadap pengguna jalan raya.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 226,178 kenderaan masuk ke Melaka dan hanya 189,001 buah kenderaan keluar melalui tiga plaza tol di negeri ini. Dalam Op Selamat 17, kita telah memeriksa 3,137 kenderaan melalui 27 operasi dan mengeluarkan 4,279 saman bernilai RM1.28 juta kepada pengguna jalan raya.

“Setiap saman yang dikeluarkan pada operasi ini bernilai RM300 dan kompaun ini tidak mempunyai diskaun atau mendapat pengurangan,” katanya.

Tambahnya, jumlah saman yang dikeluarkan juga meningkat sebanyak 366 saman berbanding Op Selamat 16 pada 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN