KESUMA tiada masalah jika guna sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Ramanan

KESUMA tiada masalah jika guna sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet – Ramanan

R RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) tidak melihat sebarang isu atau masalah untuk negara mengguna pakai sistem pengambilan pekerja asing baharu yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd.

Menterinya, Datuk Seri R. Ramanan berkata, kementerian kini sedang membincangkan mekanisme pelaksanaan sistem tersebut, yang dikenali sebagai Universal Recruitment Advanced Platform (Turap).

“Kami masih dalam perbincangan. Selepas itu, saya akan membentangkan kertas kepada Kabinet. Setakat ini, saya tidak melihat sebarang isu untuk menggunakan Bestinet sebagai pembangun sistem,” katanya hari ini.

Sistem itu dipromosikan sebagai penyelesaian yang membolehkan syarikat mengambil pekerja secara langsung tanpa melalui orang tengah yang sering mengenakan bayaran tinggi.

Dikenali sebagai Turap, sistem itu akan mempunyai portal digital yang membolehkan majikan mendaftar dan mencari pekerja.

Bestinet adalah syarikat teknologi maklumat Malaysia yang membangunkan Sistem Pengurusan Pusat Pekerja Asing (FWCMS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN