Pengerukan kecemasan di perairan Kuala Perlis Ahad ini

Pengerukan kecemasan di perairan Kuala Perlis Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengerukan kecemasan alur pelayaran di Kuala Perlis, Perlis dilakukan bermula Ahad ini bagi mengatasi masalah laut dicetek di perairan tersebut sehingga menjejaskan operasi pengangkutan laut di kawasan itu.

Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom, langkah kecemasan itu terpaksa diambil ekoran fenomena laut cetek yang kerap berlaku di perairan Kuala Perlis sejak kebelakangan ini.

“Ini adalah hasil perbincangan dengan Jabatan Laut Malaysia hari ini. 

“Pergerukan mendalamkan alur pelayaran Kuala Perlis akan dilaksanakan secepat mungkin dan kita berharap selesai sebelum 10 Februari ini bagi membolehkan perjalanan feri yang terpaksa ditutup sementara beroperasi seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Baharin, pergerukan penuh akan dijalankan pada selewatnya April oleh kontraktor yang mendapat tender mendalamkan alur pelayaran Kuala Perlis.

“Pihak konsortium difahamkan tender sudah dibuka dan kerja-kerja pengerukan ini akan bermula April. Pengerukan ini akan mengatasi masalah laut cetek di perairan Kuala Perlis itu sehingga menjejaskan perjalanan feri,” katanya.

Pada Rabu lalu seramai 423 penumpang terkandas di Terminal Feri Kuah Langkawi ekoran fenomena air laut cetek di Kuala Perlis dan feri rosak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya