Tawar jawatan GLC bukti DAP tidak beretika - Puad Zarkashi - Utusan Malaysia

Tawar jawatan GLC bukti DAP tidak beretika – Puad Zarkashi

Puad Zarkashi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Janji diberikan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim bahawa dia akan diberikan jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sekiranya tewas bukti parti itu tidak beretika.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu terdedah selepas Marina menolak tawaran berkenaan menerusi satu surat tular di media sosial, kelmarin.

“Tidak disangka DAP guna jawatan GLC untuk berjual beli politik. Ini terdedah apabila YB Marina Ibrahim menolak tawaran tersebut asalkan dia setuju bertanding di DUN Tiram.

“DAP sering mengecam pihak lain kerana membuat lantikan politik di GLC. Pada DAP itu tidak beretika, tidak profesional dan tidak reformis. Tapi DAP lagi teruk. Tawaran dibuat sebelum menang pilihanraya. Lainlah sikit jika dilantik selepas pilihanraya untuk mengiktiraf kedudukannya sebagai YB kerana tidak dilantik Exco atau Menteri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor turut mendakwa perkara itu bukti bahawa DAP mempunyai pengaruh besar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentadbiran kerajaan Madani.

“Janji Teo Nie Ching itu membuktikan DAP ada pengaruh besar terhadap Perdana Menteri. Itu belum cakap pasal Selangor dan Pulau Pinang.

“Justeru kita cabar DAP dedahkan YB dan pemimpin DAP yang bukan YB tetapi pegang jawatan GLC pusat dan negeri,” katanya.

Terdahulu, tular satu surat mendakwa Marina membuat keputusan mengundurkan diri daripada politik selepas diminta untuk berpindah ke kerusi DUN Tiram dan bukan sebaliknya kekal di kerusi DUN Skudai walaupun telah menabur bakti di kawasan berkenaan, sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN