AS serang tapak radar dron Iran - Utusan Malaysia

AS serang tapak radar dron Iran

JET pejuang AS menyerang pusat kawalan dron di Pulau Qeshm. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas tapak radar dan pusat kawalan dron Iran pada hujung minggu, menurut kenyataan tentera negara itu pada Ahad.

“Markas Pusat AS (CENTCOM) telah melaksanakan serangan mempertahankan diri terhadap tapak radar Iran dan pusat arahan serta kawalan dron di Goruk serta Pulau Qeshm pada hujung minggu lalu,” kata CENTCOM dalam satu hantaran di platform X.

Menurut kenyataan itu, serangan berkenaan dilakukan sebagai tindak balas terhadap tindakan Iran menembak jatuh sebuah dron pengawasan AS jenis MQ-1 Predator.

Menurut CENTCOM,  jet pejuang AS telah bertindak balas dengan memusnahkan sistem pertahanan udara Iran, sebuah stesen kawalan darat serta dua dron serangan sehala milik Iran.

Ia turut memaklumkan bahawa tiada anggota tentera AS yang cedera atau terkorban dalam insiden tersebut.

Kedua-dua negara juga saling melancarkan serangan pada minggu lalu. 

Iran telah menyasarkan sebuah pangkalan udara AS selepas tentera Amerika menjalankan operasi yang, menurut seorang pegawai Washington, menyasarkan kemudahan operasi dron Iran berhampiran Selat Hormuz. 

Serangan itu berlaku selepas Presiden AS, Donald Trump menghantar kepada Iran satu versi semakan semula rangka kerja perdamaian yang dicadangkan dengan syarat lebih ketat.

Versi semakan itu dihantar selepas AS dan Israel menyerang Teheran pada 28 Februari sebelum Trump kemudian mengumumkan gencatan senjata pada 7 April yag berlanjutan tanpa had. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN