PETALING JAYA: Penyanyi, Aisha Retno menyifatkan peserta Talk To My Manager Musim Ke-2, Amarra Sofea Rose, 13, sebagai individu yang memiliki pakej lengkap untuk menjadi penyanyi.
Bahkan, pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berpandangan anak kepada pelakon dan penyampai radio Era, Azad Jasmin itu mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia hiburan tanah air.
“Saya suka dia. Tenaganya di atas pentas mengagumkan. Koreografer saya yang mengajar tarian amarra setiap minggu memaklumkan penyanyi itu mempunya segalanya.
“Boleh gilap sebab dia (Amarra) antara penari terbaik yang pernah saya lihat,” kongsinya di Threads.
Komen Aisha itu sebagai maklum balas kepada kenyataan seorang pengguna Threads yang mempertahankan Amarra dari serangan netizen.
Amarra sebelum ini menerima kecaman kerana bertaha dalam pertandingan terbitan astro itu.
Ramai berpandangan penyanyi itu tidak berbakat dalam dunia nyanyian justeru perlu disingkirkan.










