Pas ‘gila talak’, UMNO tak perlu layan lagi - Khaled

Pas ‘gila talak’, UMNO tak perlu layan lagi – Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: UMNO tidak seharusnya melayan kerenah Pas yang dilihat seperti ‘gila talak’ sebaliknya memberi tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keutamaan mesti diberikan untuk meraih sokongan masyarakat majmuk Johor yang akan menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakan-rakan UMNO dalam BN mesti memahami bahawa kemenangan mereka tidak lagi boleh disandarkan kepada UMNO semata-mata.

Tambahnya, mereka mesti tampil meyakinkan pengundi bukan Melayu bahawa BN mesti dikembalikan semula sebagai kerajaan.

“Meningkatkan sokongan bukan Melayu mesti menjadi strategi paling penting. Pertama, kita mesti kembali kepada formula politik berkongsi kuasa dalam semangat perkongsian yang tulen.

“Bukan hanya melantik seorang dua wakil bukan Melayu dalam kerajaan sebagai gambaran sebuah kerajaan yang inklusif. Keterangkuman mesti bersandarkan hasrat yang tulen dan murni, bukan pementasan wayang yang olok-olok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Khaled berkata, keduanya, masyarakat bukan Melayu adalah bahagian penting dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik Malaysia.

Katanya, telah sampai masanya mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan dan menguruskan negeri dan negara ini secara bersama dengan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu.

Tambahnya, pengundi bukan Melayu juga perlu sedar dan menerima hakikat bahawa hanya dengan UMNO, kestabilan politik dan perkongsian kuasa itu boleh diuruskan dengan jayanya.

“Sampai bila mereka harus mempunyai perwakilan sipi-sipi dalam kerajaan dan pentadbiran. 61 tahun pengundi bukan Melayu memberikan kepercayaan kepada BN, sekarang adalah masa untuk kembali ke pangkuan BN.

“Walaupun BN bukan sempurna, tetapi ia pasti lebih baik dari PH dan PN dalam menjamin kepentingan politik bukan Melayu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya