Mahu teroka dunia filem, animasi - Adam Richman

Mahu teroka dunia filem, animasi – Adam Richman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN mudah sebenarnya untuk mengemudi sesebuah pelayaran menuju ke destinasi pilihan. Adakala, ombak dan badai menghempas. Terumbang ambing bahtera impian dan cita-cita. Namun itu tidak akan sesekali mematahkan semangat. Apatah lagi, berpatah semula ke garisan permulaaan.

Itu adalah pedoman yang dipegang erat pemilik syarikat pengiklanan Kaya N Kaya Viral Sdn. Bhd., Adam Richman yang mengakui perjalanannya untuk berada di kedudukan sekarang bukan semudah mematahkan sebatang pensel.

Namun dalam tempoh lima tahun akan datang, dia melihat dunia perfileman dan animasi adalah antara cabang perniagaan yang mahu terus diteroka. Sementelah, minatnya dalam kedua-dua bidang itu sungguh mendalam selain pengiklana dan penghasilkan kandungan media sosial.

“Saya memberi fokus kepada penghasilkan kandungan, iklan terutama di media sosial. Ramai klien saya merupakan pengusaha produk tempatan dan luar negara yang mahu menghasilkan kandungan serta pengiklanan yang berkualiti.

“Saya juga mahu menghasilkan bulatan keusahawan dan perniagaan yang besar. Semua orang mampu menikmati kejayaan. Tiada persaingan tidak sihat. Semuanya untuk negara dan paling penting, agama,” katanya.

“Dunia pengiklanan tempatan juga perlu bersaing sama, secara positif. Saya mempunyai ramai rakan usahawan yang sama-sama bersing sihat untuk berjaya. Malah bantuan kakitangan serta buah fikiran daripada mereka adalah kunci kejayaan juga,” katanya.

Pernah dihalau dan dibayar dengan harga yang tidak selari kerja, itu antara pengalaman pahit yang dilalui Adam sewaktu menubuhkan Kaya N Kaya Viral Sdn. Bhd. Dia melalui semua itu dengan tabah dan sabar.

“Bayangkan, pernah satu ketika saya dan isteri yang ketika itu sedang mengandung pergi membentangkan idea iklan. Tetapi kami dihalau dan direndah-rendahkan. Ketika itu jiwa saya hancur.

“Namun bagi saya itu lumrah. Tekadkan semangat dan terus mencari peluang. Kita orang Melayu, kena kuat semangat. Walaupun adakala yang menjatuhkan kita adalah kaum sendiri, tak mengapa.

“Saya percaya, jika kita kerja kerana Allah nescaya ada rezeki lebih untuk kita. Saya pernah menolak tawaran iklan berjuta ringgit, tetapi kerana ‘kerja kotor’ di sebaliiknya, saya tolak,” katanya.

Namun berkat kesabaran dia kini boleh berbangga dengan kejayaan yang ditempa. Jualannya mencecah jutaan ringgit. Tetapi tidak sesekali dia lupa, tulang belakang dan mereka yang bersamanya ketika susah.

“Kita kena sentiasa menghargai petugas. Kerana mereka kita berjaya. Mereka juga berjaya. Itu adalah resipi kejayaan. Jangan lupa orang tua dan sentiasa percaya, rezeki itu tidak pernah salah alamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya