Lelaki hilang di laut ditemukan

Lelaki hilang di laut ditemukan

ANGGOTA Maritim Malaysia Selangor bersama Md. Shamsuddin Mohamed Shari (kiri) yang dilaporkan hilang kelmarin sebelum ditemukan nelayan pada pagi tadi dan dibawa ke Jeti Sungai Mersuk, Pelabuhan Klang di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang kelmarin setelah bot dinaikinya hanyut dekat Perairan Batu Laut Selangor iaitu lapan batu dari Jeti Sungai Mersuk di sini akhirnya ditemukan nelayan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Bot yang dinaiki Md. Shamsuddin Mohamed Shari, 46, kemudian ditunda nelayan masuk ke jeti berkenaan.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, sebaik sahaja menerima maklumat berkenaan pihaknya mengerahkan bot Penggalang 10 ke jeti tersebut.

“Bot mangsa ditunda masuk ke Jeti Sungai Mersuk oleh nelayan tempatan. Maritim Selangor telah menugaskan bot Penggalang 10 ke lokasi.

“Berikutan penemuan itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) ditamatkan pada jam 10.00 pagi dan Pos Hadapan Carilamat di Jeti Polis Marin juga telah dibubarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang lelaki gagal dikesan ketika menghantar dokumen kepada sebuah kapal di perairan Pintu Gedung, Pelabuhan Klang, di sini, kelmarin.

Md. Shamsuddin merupakan seorang warga tempatan dilaporkan menaiki sebuah bot gentian dari Pulau Ketam menuju ke kapal, Lila Bhavnagar bagi menghantar dokumen serta pasport kru.

Mangsa disyaki kehabisan minyak di perairan berkenaan sekitar pukul 6 petang selepas gagal dikesan.Lelaki hilang di laut ditemukanKata Mohammad Rosli, pihaknya kemudian mengaktifkan Operasi Carilamat yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru diaktifkan semalam pada pukul 12.30 tengah hari dan disambung pada pukul 7 pagi tadi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN