Laos malukan Malaysia - Utusan Malaysia

Laos malukan Malaysia

PEMAIN Bawah 23 tahun negara hampa selepas gagal mencatat kemenangan ke atas Laos dalam aksi pertama Kumpulan B di Stadium Prince, Kemboja, sebentar tadi.-KREDIT/SPORTFLEX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan berdepan laluan sukar dalam misi untuk mara ke separuh akhir Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 apabila ditewaskan Laos 2–1 dalam saingan kumpulan B di Stadium Prince, Kemboja, sebentar tadi.

Skuad Bimbingan Brad Maloney itu bermula baik pada separuh masa pertama, namun kesilapan demi kesilapan dilakukan pasukan negara memberi ruang Laos mendominasikan perlawanan di separuh masa kedua.

Kekalahan itu membuat skuad muda negara tiada pilihan selain menang pada perlawanan kedua menentang Laos di stadium sama Isnin ini.

Pemenang akan ditentukan menerusi keputusan secara agregat dengan hanya pemenang akan layak ke separuh akhir kejohanan tersebut.

Kedua-dua pasukan berjaya mempamerkan permainan seimbang namun gaya permainan Malaysia pada babak pertama kelihatan serba tidak menjadi biarpun memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Percubaan pertama berjaya dilakukan di awal permainan selepas percubaan Azfar Fikri Azhar pada minit keempat hampir menjaringkan gol, namun ia sekadar menyentuh tiang gol lawan.

Gol pertama Malaysia hadir pada penghujung separuh masa pertama menerusi A Selvan yang melakukan rembatan deras selepas menerima umpanan daripada sepakan sudut.

Memasuki babak kedua, skuad negara terus bekerja keras untuk menjaringkan gol kedua namun deretan peluang tidak berjaya disudahkan oleh penyerang negara.

Disebabkan itu, Malaysia dihukum Laos menerusi jaringan Bounphachan Bounkong pada minit ke-56 untuk mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1.

Harapan skuad negara untuk meraih kemenangan pertama terus terkubur apabila Laos yang dihadiahkan sepakan percuma berjaya ditanduk masuk oleh Phetdavanh Somsanid pada minit ke-78 untuk mengutip tiga mata penting bagi keputusan berakhir 2-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.