Kumpulan ajaran sesat Wali Tujuh tumpas - Utusan Malaysia

Kumpulan ajaran sesat Wali Tujuh tumpas

TIGA anggota Kumpulan Wali Tujuh yang ditahan di Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan, semalam. - IHSAN ESSCOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga warga asing yang menyebarkan ajaran ilmu batin dan kebal di beberapa ladang di negeri ini ditahan di Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan, semalam.

Tangkapan itu dilakukan oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah itu dipercayai menyebarkan ajaran ‘Wali Tujuh’.

Berdasarkan siasatan, kumpulan Wali Tujuh itu mempunyai 20 orang pengikut terdiri daripada warga asing yang merupakan pekerja ladang.

“Risikan awal mendapati kumpulan ini diketuai oleh seorang guru dengan dibantu oleh dua individu.

BARANGAN yang dirampas termasuk tangkal.

“Kumpulan ini mula bergiat aktif sejak tiga bulan lalu dengan membawa ajaran ilmu batin dan kebal. Ajaran ini berkembang pantas dan menarik penyertaan pekerja ladang khususnya warga asing di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan. 

“Turut dirampas semasa serbuan adalah beberapa barang peribadi milik salah seorang individu yang ditahan iaitu kalendar putikaan, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk siasatan lanjut dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

Justeru, Hamzah menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran atau dakyah baharu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang sengaja mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan di negara ini, terutama di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya