Kakitangan DBKL maut kemalangan

Kakitangan DBKL maut kemalangan

poster kemalangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Yaacob Latiff menghala ke bulatan Cheras di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa berusia 26 tahun meninggal di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Zulkafli Chek Lah berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Perodua Myvi tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Yaacob Latiff.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika pemandu Myvi berkenaan hendak membelok ke kanan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah bertentangan telah melanggar kereta Myvi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Zulkafli berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini