Hasil keluaran padi lapan tan menjelang 2026 - Utusan Malaysia

Hasil keluaran padi lapan tan menjelang 2026

MUHAMMAD Sanusi Md Nor (tengah) mendengar penerangan pihak penganjur mengenai pelaksanaan projek EMM 2.0 Pendang di Kampung Asam Jawa, Pendang hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Projek Model Pengurusan Estet Padi (EMM) 2.0 Pendang di Kampung Pokok Asam di sini dijangka membantu meningkatkan pendapatan seramai 85 peserta selepas hasil keluaran padi yang diusahakan mencapai sehingga lapan tan menjelang 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek pertanian pintar melibatkan kerjasama kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu dilaksanakan di kawasan seluas 64 hektar melibatkan kos RM5 juta.

“Sebelum ini purata hasil padi hanya dua tan per hektar namun kini meningkat kepada 4.5 tan. Menjelang 2026, kita sasar lapan tan. Ini adalah projek perintis di Kedah dan kita berharap ia dapat diteruskan ke kawasan lain pula selepas ini,” katanya selepas melawat Tapak Projek EMM 2.0 Pendang di Kampung Asam Jawa di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Tambah beliau, projek berkenaan adalah kesinambungan daripada program EMM 1.0 yang diperkenalkan pada 2011 yang melibatkan 2,000 hektar sawah di Pulau Pinang.

“Program tersebut dioperasi oleh syarikat tempatan melibatkan penggunaan pelbagai benda atau IPB serta Revolusi Industri Keempat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jebasingam pula memberitahu, program EMM 2.0 merupakan inisiatif strategik di bawah NCIA Zon Ekonomi Agrobio yang dijangka memberi impak besar kepada sekuriti makanan nasional dan golongan pesawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya