Lelaki Thailand guna motosikal seludup gula, minyak masak

Lelaki Thailand guna motosikal seludup gula, minyak masak

RAMPASAN gula dan minyak masak peket yang dirampas PGA dalam serbuan di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Taktik licik warga Thailand menggunakan motosikal bernombor pendaftaran negaranya untuk menyeludup gula dan minyak masak berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Parit Air di sini semalam.

Bagimanapun, suspek bertindak melarikan diri dengan meninggalkan barangan kawalan itu selepas dikejar oleh anggota PGA pada pukul 5 petang.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah melihat sebuah motosikal honda yang ditunggang dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, menyedari kehadiran anggota PGA, suspek bertindak berpatah balik dan memecut motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya ke arah Kampung Parit Air.

“Anggota PGA kemudian mengejar suspek sehingga ke kawasan semak kampung berkenaan sebelum menemukan motosikal itu ditinggalkan di tepi jalan.

“Pemeriksaan di kawasan sekitar gagal mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri untuk mengelakkan ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Ahmad Radzi memberitahu, pemeriksaan lanjut ke atas motosikal telah menemukan 51 kg minyak masak dan 36 kg gula yang dipercayai akan diseludup ke Thailand.

Katanya, siasatan awal mendapati bekalan barang kawalan itu dipercayai diperoleh dari kedai-kedai sekitar pekan Rantau Panjang sebelum dibawa keluar melalui pangkalan haram bagi memenuhi permintaan pelanggan di negara jiran.

“Rampasan melibatkan motosikal, minyak masak dan gula itu dianggarkan bernilai RM2,217.50,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN