Abdul Karim sokong kerusi parlimen Puncak Borneo milik PBB - Utusan Malaysia

Abdul Karim sokong kerusi parlimen Puncak Borneo milik PBB

ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyokong sepenuhnya kerusi parlimen Puncak Borneo sentiasa milik kepada PBB.

Naib presiden PBB itu juga menegaskan kerusi parlimen itu perlu kekal kepada PBB menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

“Tambahnya pula, tiga daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Puncak Borneo semuanya diwakili ahli PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Oleh itu, sesiapa yang hendak bertanding untuk kerusi parlimen mesti datang daripada PBB atau GPS,” katanya bagi menyokong kenyataan Datuk Dr Jerip Susil mengenai status parti mana yang patut bertanding bagi kerusi Parlimen Puncak Borneo menjelang PRU-15 nanti.

Mengenai persiapan GPS menghadapi PRU-15, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Asajaya berkata GPS sentiasa bersedia.

“GPS baru sahaja melalui pilihan raya negeri dan keputusannya menunjukkan sokongan padu daripada rakyat,” tambahnya.

Dr Jerip yang juga ADUN Mambong baru-baru ini berkata tidak ka nada kompromi di kerusi Parlimen Puncak Borneo apabila ditanya sama ada calon GPS perlu diletakkan di kawasan itu pada PRU 15. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya