PORT DICKSON: Seekor buaya jenis tembaga matang seberat kira-kira 100 kilogram dengan panjang lebih dua meter ditemukan mati di Pantai Cermin, dekat sini hari ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, penemuan bangkai buaya tersebut dimaklumkan kepada pihaknya oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
“Pada pukul 09.10 pagi, pejabat Perhilitan Daerah Seremban menerima maklumat daripada MPPD dan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) Port Dickson berkaitan penemuan seekor buaya jenis tembaga di Pantai Cermin, Port Dickson.
“Bangkai biaya tersebut dibawa ke pejabat untuk tindakan lanjut termasuk untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
- Menyorok lima jam di mahkamah elak dirakam
- Ini baru aktor hebat, tak perlu juta-juta pengikut – Ogy Ahmad Daud
- Lelaki diculik ditemukan mati dibunuh, mayat ditanam dibungkus kanvas
BANGKAI seekor buaya seberat 100 kilogram dan sepanjang dua meter ditemukan di Pantai Cermin, Port Dickson, Negeri Sembilan. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Dalam pada itu, Nurul Ermi berkata, kali terakhir kematian buaya dilaporkan di Port Dickson adalah sekitar 2010.
“Buaya jenis tembaga sering dijumpai di sungai namun buaya sering berkeliaran untuk mencari makanan dan kadangkala sehingga sampai ke kawasan pantai. Pertama kali kami menjumpai buaya jenis tembaga yang mati. Pada tahun lalu, kami ada menerima aduan buaya yang masih hidup cuma di lokasi berbeza,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE










