UMNO bincang PRN Johor  - Utusan Malaysia

UMNO bincang PRN Johor 

MAHDZIR Khalid (kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Port Dickson, Mohd. Faizal Ramli dalam sidang akhbar Majlis Penyampaian Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung Parlimen Port Dickson hari ini.- UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pemilihan masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat penting dan perkara itu akan dibincangkan UMNO dalam masa terdekat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat masa ini beliau belum ada maklumat bila PRN Johor diadakan.

“Kalau hendak buat pilihan raya apa yang paling penting adalah timing (masa). Saya tiada info bila berkenaan masa (PRN), itu mereka di Johor yang ada. Dalam masa sehari ke dua hari ini UMNO akan bincangkan (kewajaran mengadakan PRN Johor) dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung Parlimen Port Dickson di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada UMNO dan BN akan bertanding secara solo jika PRN diadakan di Johor, Mahdzir berkata, keputusan itu sudah ada dalam fikiran dan akan dimaklumkan nanti.

Dalam pada itu, Mahdzir membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ramai menteri ‘hilang’ semasa banjir melanda beberapa negeri pada Disember tahun lalu. 

Beliau berkata, soal itu tidak perlu lagi dipanjangkan dan rakyat yang akan membuat penilaian tentang siapa yang berada di hadapan untuk membantu mangsa banjir. 

“Cerita tentang menteri hilang ini, banyak orang hilang. Jadi tidak perlulah kita nak hurai panjang. Awak (Anwar) salahkan orang, orang di sebelah sana pun hilang juga. Jadi kita tidak perlu cakap pasal hilang,” katanya.

Sebelum itu, media melaporkan Anwar mendakwa ramai menteri yang hilang semasa banjir melanda beberapa negeri pada Disember lalu. 

Anwar berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turun di lapangan semasa banjir tetapi menteri kabinet sebaliknya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya