Tiga individu dipenjara 14 bulan, mengaku salah guna wang palsu - Utusan Malaysia

Tiga individu dipenjara 14 bulan, mengaku salah guna wang palsu

TIGA individu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas lima pertuduhan menggunakan wang palsu. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Tiga individu termasuk dua wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menggunakan wang palsu RM100 di lima buah premis perniagaan di daerah Jempol serta Tampin pada 7 dan 11 Januari lalu.

Sehubungan itu, Hakim Norma Ismail menjatuhi hukuman penjara 14 bulan dari tarikh ditangkap kepada semua mereka iaitu Md Ross Louis Hisham Louis, 46; Nurul Ain Atiqah Kardi, 24, dan Nurul Najwa Zulkifli, 21.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Amirul dalam pendakwaannya memohon hukuman setimpal dan memberikan pengajaran kepada tertuduh disebabkan kesalahan tersebut membabitkan kepentingan awam.

Md Ross Louis dalam rayuannya memohon agar hukumannya dikurangkan kerana perlu menjaga ibunya yang sakit manakala Nurul Ain Atiqah pula memohon hukuman dikurangkan memandangkan dia berstatus ibu tunggal serta mempunyai dua anak yang masih kecil.

Media pada 13 Januari lalu melaporkan tiga individu yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dicekup polis setelah melakukan jenayah menggunakan wang palsu di lima lokasi di sekitar Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, tangkapan membabitkan seorang lelaki berusia 46 tahun serta dua orang wanita berusia 24 dan 21 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya