Tiada sekatan pulang beraya tahun ini - PM - Utusan Malaysia

Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

ISMAIL Sabri Yaakob (depan, duduk) bersama petugas Kemas Daerah Bera di Pejabat Kemas Daerah Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, negeri, mahupun daerah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut memberikan jaminan, tiada lagi sekatan untuk rakyat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri meskipun terdapat peningkatan daripada sudut jumlah kes sejak semalam.

Jaminan terbabit diberikan berikutan terdapat spekulasi mengatakan akan ada penutupan ekonomi dan rakyat tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri tahun ini kerana penularan wabak Covid-19.

“Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah, melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Tiada lagi sekatan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di sini hari ini.

Justeru Ismail Sabri mengingatkan rakyat agar tidak lagi merasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, tahun ini.

“Jangan bimbang dengan spekulasi yang disebarkan kerana saya memberi jaminan, tiada lagi sekatan sama ada dari segi sektor ekonomi mahupun pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

Beliau dalam pada itu melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan jumlah kes semalam yang mencecah angka 4,115.

“Kita tidak boleh rasa selesa dengan angka kes sekarang dan seharusnya perkara ini perlu dibendung.

“Kita tidak mahu negara kita mencapaikan angka seperti negara Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis. Perlu turun dari segi angka supaya kita dapat isytiharkan endemik apabila jumlah jangkitan di bawah 1,000,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya