Tiada penemuan hari kedua operasi bot PATI karam

Tiada penemuan hari kedua operasi bot PATI karam

ANGGOTA Maritim Malaysia melakukan pencarian dalam operasi hari kedua mengesan baki tiga mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian bot karam di Teluk Ramunia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tiada penemuan baharu melibatkan tiga mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam di Teluk Ramunia, semalama.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Op Carilamat yang memasuki hari kedua itu melibatkan 41 petugas bersama polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengesan baki mangsa yang belum ditemukan.

“Pencarian dimulakan pada pukul 7 pagi tadi dengan melibatkan keluasan 35.82 batu nautika persegi di laut sekitar perairan Tanjung Sepang sehingga Pengerang dengan kekuatan tujuh aset daripada Maritim Malaysia serta agensi sahabat. 

“Pencarian di pesisir pantai dilakukan oleh pasukan penyelamat sejauh 20 kilometer turut melibatkan bantuan dron milik JBPM,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi pencarian di laut akan ditangguhkan selepas matahari terbenam dan disambung semula pada pukul 7 pagi keesokan hari, manakala pencarian di darat akan diteruskan juga pada waktu malam di kawasan pesisir pantai.

Terdahulu media melaporkan dua maut manakala enam disyaki hilang selepas bot pancung membawa 27 penumpang dipercayai PATI warga Indonesia karam di perairan Teluk Ramunia pukul 4.50 pagi semalam.

Manakala tiga lagi mayat wanita berjaya dijumpai pada pukul 7.30 pagi dalam keadaan lengkap berpakaian pada jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Kesemua PATI itu dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Tondang Pulau Bintan Indonesia menggunakan bot kayu sepanjang 45 kaki dan disyaki hendak mendarat di kawasan sekitar perairan Teluk Ramunia namun berjaya dikesan pihak berkuasa.

Bot pancung berkenaan yang menggunakan tiga enjin dengan 600 kuasa kuda disyaki karam disebabkan keadaan cuaca selain berkemungkinan juga kerana menggunakan kelajuan maksimum.

Jelasnya dengan jumlah penumpang yang ramai bot berkenaan dipercayai tidak dapat mengawal kestabilan sehingga menyebabkan ia karam. 

Kesemua 19 orang mangsa yang diselamatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dibawa ke Pos Tanjung Sepang untuk siasatan lanjut manakala lima  mayat tersebut dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat.

Kejadian berkenaan merupakan cubaan ketiga melibatkan PATI yang cuba memasuki perairan negara melalui jalan tidak sah dan kedua yang melibatkan bot karam bagu tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya