Tak wajar kelonggaran diberikan untuk keluarkan KWSP secara mudah - Utusan Malaysia

Tak wajar kelonggaran diberikan untuk keluarkan KWSP secara mudah

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adalah tidak wajar kelonggaran diberikan untuk pencarum mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara mudah.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu menambah peruntukan bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

“Ada pihak mengatakan kita perlu berikan kelonggaran bagi pencarum mengambil wang mereka sendiri, dan ini telah kita lakukan. Tetapi kita tidak boleh memberi laluan mudah kerana wang ini yang sedikit itu untuk menjamin masa depan mereka dan ini kumpulan yang agak miskin.

“Jika ambil wang KWSP, pencarum tiada harapan untuk jamin keselamatan hidup mereka dan keluarga. Justeru kita kena pantau mereka ini dan harus beri bantuan tambahan supaya mengurangkan beban,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar dalam masa sama berkata, beliau juga tidak akan menyokong mana-mana idea yang boleh menjejaskan masa depan rakyat.

“Tetapi jika keputusan itu populis dan tidak memberi manfaat besar kepada masa depan keluarga ini, kita harus bersedia mengkaji semula.

“Kajian itu mesti menghentikan (desakan pengeluaran KWSP) dan menggantikan dengan dana tambahan,” tegas beliau lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN