Subjek Pendidikan Agama Islam tidak boleh dimansuh - Utusan Malaysia

Subjek Pendidikan Agama Islam tidak boleh dimansuh

TANGKAP layar ciapan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan jumlah jam Pendidikan Agama Islam di sekolah anaknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pelbagai pihak yang mahu subjek Pendidikan Agama Islam dimansuh atau kredit jamnya dikurangkan, menimbulkan polemik dan memberi tanggapan negetif terhadap subjek tersebut dalam media sosial.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, subjek tersebut tidak wajar dimansuhkan tetapi sebaliknya perlu diperkasa di peringkat sekolah rendah dengan orientasi lebih baik.

Jelas beliau, pengajaran subjek tersebut hanya mempunyai enam masa dengan jumlah tiga jam untuk seminggu, ia tidak cukup untuk membina keperibadian dan jati diri murid dan pengukuhan nilai dalam memenuhi aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan.

“Kami mencadangkan satu jawatan kuasa semakan semula kurikulum subjek tersebut ditubuhkan supaya ia dapat membina kualiti murid yang akan mendorong mereka menguasai mata pelajaran lain.

“iGuru menolak cadangan mengurang atau memansuhkan subjek pendidikan Islam di sekolah rendah bahkan ia boleh menimbulkan persepsi negatif dan prejudis masyarakat terhadap subjek tersebut di sekolah kebangsaan,” katanya dalam kenyataan.

Rata-rata netizen di laman media sosial Twitter turut membantah cadangan memansuhkan mata pelajaran itu kerana hanya dengan kewujudan subjek tersebut di sesi persekolahan, ia membantu masyarakat mempelajari ilmu agama Islam dengan lebih baik.

“Aku tak setuju dengan pendapat kau bang, Pendidikan Islam subjek terakhir untuk budak kenal agama Islam. Apa itu solat, rukun Islam, rukun iman dan nama-nama nabi. Jangan terkejut kalau diorang (mereka) tak dapat hafal surah al-Fatihah nanti,” ciap BlueEyesWhiteD.

“Agaklah sampai nak hapuskan, budak-budak sekarang ingat nak sangat ke belajar agama dekat rumah? Aku pun belajar semua benda ni melalui pendidikan Islam dan balik rumah mak abah dalamkan lagi sebab sekurang-kurangnya asas dah belajar dekat sekolah,” ciap fiqahyt.

“Aku belajar solat, sejarah Islam dan sebagainya dari pendidikan Islam dan KAFA(Kelas al-Quran dan Fardu Ain) oke. Jika  tidak, tiada siapa yang ingin mengajar aku, ibu bapa aku terlampau sibuk. Aku bantah cadangan memansuhkan subjek tu dekat sekolah,” ciap erinshaiful.

“Jika pendidikan Islam dihapuskan, akan ada banyak pelajar yang mengalami keciciran dalam pendidikan agama. Jadi aku nak tahu apa solusi kau untuk itu? Aku nak dengar,” ciap pu3shahidah. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya