Setuju penubuhan RCI siasat Tabung Haji

Setuju penubuhan RCI siasat Tabung Haji

ABDULLAH Sani Abdul Hamid (kiri) bersama Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Khalid Samad hadir Majlis Peluncuran Jelajah Dahsyat di Klang, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dari 2014 hingga 2020 dipersetujui bagi merungkai masalah yang berlaku dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, beliau menyokong penubuhan tersebut dan menganggap kepemimpinan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berjaya menyelamatkan Tabung Haji daripada krisis kewangan yang teruk.

“Firma audit, PricewaterhouseCoopers (PwC) telah mengeluarkan dapatan mereka berhubung beberapa isu dalam Tabung Haji tapi kerajaan sekarang ini tidak mengambil sebarang tindakan dengan dapatan yang diberikan. 

“Apapun, penubuhan RCI ini akan menceritakan lebih jelas apa yang berlaku pada Tabung Haji dalam tempoh enam tahun itu,” katanya selepas Majlis Peluncuran Jelajah Dahsyat di Hotel Wyndham Acmar, di sini hari ini. 

Hadir sama dalam majlis itu adalah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik.

Rabu lalu, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membenarkan penubuhan RCI bagi menyiasat Tabung Haji.

Susulan itu, enam individu hari ini dilantik bagi menganggotai suruhanjaya itu menerima watikah, dengan suruhanya tersebut yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN