Sertai PBM? Ura-ura sajalah - Zuraida - Utusan Malaysia

Sertai PBM? Ura-ura sajalah – Zuraida

ZURAIDA Kamaruddin dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Iklan Video Komersial dan Promosi Koko di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Kalau ura-ura, ura-ura sajalah,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin ketika ditanya berhubung pembabitannya dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM). 

Beliau hanya memberikan jawapan ringkas tersebut ketika diajukan pertanyaan mengenai khabar angin yang mendakwa penyertaannya di dalam parti itu. 

Malah, sehingga kini Zuraida tidak memberikan maklum balas lebih lanjut dan dilihat mengambil pendekatan ‘kunci mulut’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu media melaporkan, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara dua Ahli MPT Bersatu yang disebut-sebut bakal menyertai PBM.

Ia susulan dua figura politik berkenaan adalah individu yang rapat dengan pemegang jawatan dalam parti berbilang bangsa yang baru ditubuhkan itu, antaranya Timbalan Presiden I PBM, Haniza Mohamed Talha; Ketua Wanita, Daroyah Alwi dan Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×