Seorang lagi kemuka akaun palsu ditahan - Utusan Malaysia

Seorang lagi kemuka akaun palsu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lagi pemilik syarikat ditahan semalam bagi membantu siasatan terhadap kes mengemukakan penyata akaun palsu beberapa syarikat kepada sebuah syarikat pembersihan bagi memasuki tender bernilai lebih RM60 juta pada 2018 dan 2019.

Sumber memberitahu, pemilik syarikat tersebut yang berusia 46 tahun ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.30 petang.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya dibenarkan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 19 Januari ini oleh Majistret Nur Nabilah A. Zainudin selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Penahanan individu tersebut menjadikan secara keseluruhannya terdapat 26 individu yang ditahan SPRM sejak 11 Januari lalu bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada pengarah dan pemilik syarikat, pengurus, kontraktor serta individu bekerja sendiri,” katanya di sini hari ini.

Tindakan mengemukakan penyata akaun bank beberapa syarikat yang memiliki butiran palsu itu dipercayai dibuat untuk melayakkan syarikat-syarikat tersebut memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

“Kes tersebut masih disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.