Sembunyi kematian akibat bom ikan, kubur digali semula - Utusan Malaysia

Sembunyi kematian akibat bom ikan, kubur digali semula

PASUKAN forensik menggali semula kubur mangsa letupan bom ikan di Tanah Perkuburan Kampung Halo, Semporna., Sabah. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Misteri letupan di perairan Pulau Tatagan, dekat sini, Selasa lalu terjawab selepas polis menggali semula kubur mangsa maut dipercayai akibat bom ikan.

Mangsa adalah kanak-kanak warga asing yang dipercayai berusia 10 tahun berdasarkan keadaan fizikalnya.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd. Farhan Abdullah berkata, maklumat daripada seorang tahanan membawa kepada penemuan sebuah kubur baharu di Tanah Perkuburan Kampung Halo pada Rabu lepas.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Daerah (IPD) ke lokasi penemuan kubur tersebut. Setelah mendapat perintah mahkamah maka proses menggali semula kubur dibuat di Tanah Perkuburan Kampung Halo oleh pasukan forensik dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, pasukan siasatan BSJ IPD, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan perubatan Hospital Semporna. 

“Kemudian mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Semporna untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Rabu lalu, polis menerima laporan mengenai kejadian letupan bot pam yang dikatakan berlaku pada pukul 6.08 petang Selasa. Namun, tiada mangsa dan bangkai bot ditemukan.

Mohd. Farhan berkata, pihaknya sedang giat mengesan bapa kandung mangsa yang dikenali dengan nama Astari bagi membantu siasatan. Di samping itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk membuat laporan polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengeboman ikan di daerah ini. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.