PUTRAJAYA: Kementerian Digital akan mengenal pasti keperluan khusus merentas pelbagai sektor bagi memastikan penyelesaian teknologi dapat disalurkan secara berkesan kepada kumpulan sasaran. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja difahami, malah mampu diterjemahkan kepada manfaat nyata termasuk membantu perniagaan mengatasi cabaran sedia ada serta meningkatkan daya saing. “Pastikan penyelesaian yang dibangunkan sampai kepada kumpulan sasaran yang memerlukan teknologi supaya mereka…










