Selepas mengaku tak divaksin dan bawa jemaah ke Saudi, penceramah bebas ambil 'Vaksin MM' - Utusan Malaysia

Selepas mengaku tak divaksin dan bawa jemaah ke Saudi, penceramah bebas ambil ‘Vaksin MM’

TANGKAP layar dari Instagram seorang penceramah bebas mengenai vaksin. - INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Melompat satu Malaysia cari apa itu vaksin MM”.

Demikian tulis seorang penceramah bebas di Instagram mengenai statusnya semalam mengenai vaksin MM yang digunakannya untuk memasuki Tanah Suci.

Semalam beliau membuat pengakuan terbuka di Instagram bahawa dirinya tidak divaksin dan kemudiannya membawa orang yang tidak divaksin ke Arab Saudi.

Dalam akaun Instagram itu, dia menulis: “Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’”.

Melalui hantaran terbaharu hari ini, penceramah bebas itu menulis: “Alhamdulillah. Vaksin MM memang tidak menjadi syarat dah untuk masuk Saudi termasuk Mekah/Madinah. Melompat satu Malaysia cari apa itu vaksin MM”.

Beliau kemudiannya menjelaskan vaksin MM adalah vaksin meningococcal meningitis.

“(Vaksin itu) Yang dulu orang gi umrah dapat buku oren kuning. Vaksin tu dah pupus. Mungkin terlalu banyak ‘telan’ jenis vaksin otak mudah lupa kot,” katanya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata, pihak kementerian mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah tidak menerima suntikan vaksin.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.

“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan. Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya