Pelarasan elektrik: Kerajaan jamin 85% pengguna tidak terkesan

Pelarasan elektrik: Kerajaan jamin 85% pengguna tidak terkesan

FADILLAH YUSOF (dua dari kiri) menyampaikan anugerah pada majlis pelancaran inisiatif SuRIA Home di Putrajaya, semalam. – FB FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan kira-kira 85 peratus pengguna domestik di negara ini tidak akan terkesan dengan sebarang pelarasan kos elektrik, meskipun landskap tenaga dunia kini berdepan tekanan pe­ningkatan ketara kos operasi.

Timbalan Perdana Mente­ri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia berikutan rata-rata penggunaan elektrik domestik adalah di bawah 600 kilowatt sebulan.

“Tidak ada kenaikan, yang saya maksudkan kos akan naik disebabkan bekalan dunia ini terkesan. Bila terkesan, logistik naik, maknanya barangan akan berlaku kenaikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi kos elektrik kita sudah memberi jaminan bahawa untuk 85 peratus rakyat tidak akan terkesan, sebab itu memang dijamin oleh kerajaan jadi itu akan tetap kita kekalkan.

“Mungkin akan ada kenaikan, ada beberapa industri lain, sektor lain, mungkin terkesan sedikit tetapi kita sedang menilai, melihat keseluruhannya,” katanya ketika ditemui pembe­rita selepas melancarkan Inisiatif Rebat Solar SuRIA Home di sini semalam.

Fadillah bagaimanapun ber­kata, bagi pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 600 kilowatt, berkemungkinan terdapat sedikit pelarasan.

“Yang menggunakan tenaga 600 kilowatt ke bawah tak terkesan. Siapa guna lebih 600 kilowatt, itu akan ada adjustment (pelarasan) sikit. Tapi insya-Allah tidak berapa beratlah kalau ada pun,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini