“Saya sedang lalui fasa sukar” - Shawn Mendes - Utusan Malaysia

“Saya sedang lalui fasa sukar” – Shawn Mendes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANADA: Penyanyi tampan, Shawn Mendes mendedahkan sejak kebelakangan ini dia berdepan dengan konflik dalaman diri yang menyebabkan dia kurang aktif di media sosial.

Jelas penyanyi popular menerusi lagu Treat You Better itu di akaun Instagram miliknya, perihal perhubungan juga antara faktor membuatkan dia sedikit senyap.

Pun begitu, Shawn tidak menyatakan secara terbuka berkenaan hubungan cinta atau hubungan bersama ahli keluarga.

Bagaimanapun, Shawn terharu dengan peminatnya atas sokongan yang berterusan selepas single It’ll Be Okay dilancarkan akhir tahun lalu.

“Saya sedang lalui fasa sukar buat masa sekarang. Tambah pula dengan perhubungan.

“Bila saya buat muzik, matlamat nak sampaikan tentang apa yang saya rasakan. Bila tengok tiktok ramai yang berkongsi pelbagai perasaan mereka.

“Harap ada sesuatu yang mereka rasakan dan dapat meluahkan menerusi lagu itu. Sejujurnya saya bangga dengan single itu sebab ramai yang dapat mendalami dan terkesan dengan lagu itu,” ujarnya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 58 saat itu, Shawn memberitahu dia tampil untuk menyatakan penghargaan terhadap sokongan peminat kerana menghargai lagu terbaharunya.

Menjengah pada ruangan komen perkongsian berkenaan, majoriti peminatnya melayangkan kata-kata semangat agar Shawn terus kuat melalui apa sahaja cabaran mendatang dan berdepan dengan pengalaman pahit manis.

Sebagai informasi, Shawn pernah menjalinkan hubungan cinta bersama rakan duetnya Camila Cabello, 24, namun hubungan tersebut berakhir selepas dua tahun bercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya