"Saya akan tuntut hukuman qisas ke atas pembunuh anakku' - Bapa kepada Dr. Fadi - Utusan Malaysia

“Saya akan tuntut hukuman qisas ke atas pembunuh anakku’ – Bapa kepada Dr. Fadi

DALAM kejadian pada 2018, Dr. Fadi maut ditembak lebih 20 das di badan dan kepala ketika dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak, bagi menunaikan solat Subuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: “Pembunuh anakku datang dengan kakinya sendiri ke Gaza walaupun Mossad cuba menyembunyikan pembunuhannya, dengan memberikan mereka pasport Serbia dan Montenegro”.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa kepada pensyarah Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh susulan berita yang mengatakan pembunuh pensyarah itu di Danau Kota, Kuala Lumpur pada 2018 sudahpun ditahan di Gaza.

Perkara itu disiarkan agensi berita Shehab dan diterjemahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini berada di bumi Gaza.

Menurut Muhammad Nadir, bapa kepada Dr. Fadi itu bercakap kepada Shehab: “Saya akan menuntut hukuman qisas ke atas pembunuh anak saya dan saya akan melakukannya dengan tangan saya sendiri, seperti mana dibuat ke atas anak saya”.

Susulan berita itu, Muhammad Nadir menulis: “Allah. Ini bukan soal dendam tapi ini soal hati ayah yang koyak dan menahan sedih kehilangan orang yang paling dikasihi selama empat tahun.

Pagi tadi, Muhammad Nadir memberitahu, berita penangkapan ejen pengintip Israel, Mossad, itu tersebar.

Muhammad Nadir kemudiannya menulis: “Pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit. Perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap. Dia memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki lain di KL ketika itu”.

Sebelum ini laporan menyebut, pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) pada 2018 itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad, kata Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan itu berkata, dua suspek menaiki motosikal jenis BMW yang melepaskan tembakan jarak dekat berkenaan dipercayai ejen Mossad yang berada di Malaysia.

Fadi pernah menetap di Jabalia, utara Semenanjung Gaza sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2011 dan bekerja sebagai pensyarah di UniKL BMI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya