Buang bahan elektronik secara haram cemarkan alam sekitar

Buang bahan elektronik secara haram cemarkan alam sekitar

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEGIATAN haram berkaitan pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar.

Kegiatan penstoran dan pemprosesan e-waste tanpa kebenaran bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menyebabkan pelepasan bahan pencemar bahaya ke udara, air dan tanah, sekali gus memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia dan kelestarian ekosistem.

Kebanyakan premis haram ini dikesan beroperasi di lokasi terpencil dan di luar kawasan industri yang diluluskan. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan kawalan dan pemantauan, malah menimbulkan risiko keselamatan kepada pegawai penguatkuasa serta meningkatkan potensi pencemaran alam sekitar. Secara tidak langsung, ia turut menjejaskan kepentingan awam dan kesihatan masyarakat setempat.

Premis boleh dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), melibatkan mesin-mesin pengeluaran yang digunakan tanpa sebarang alat kawalan pencemaran.

Kertas siasatan akan dibuka ke atas premis bagi tindakan penyiasatan pelbagai kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta 127 yang antara lainnya seperti berikut:
• Seksyen 16 – Gagal mematuhi syarat lesen
• Seksyen 18 – Menjadi kemudahan penstoran buangan terjadual tanpa lesen
• Seksyen 19 – Gagal mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Alam Sekitar
• Seksyen 34A – Gagal mengemukakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)
• Seksyen 34B – Menempatkan buangan terjadual tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar.

Sebarang aktiviti pengurusan buangan terjadual, termasuk e-waste, tanpa kelulusan adalah kesalahan serius di bawah undang-undang. Mengikut pindaan terkini Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, pesalah boleh dikenakan hukuman maksimum denda RM10 juta dan penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

JABATAN ALAM SEKITAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN