Satu kes tipu sijil vaksinasi dikesan PDRM - Utusan Malaysia

Satu kes tipu sijil vaksinasi dikesan PDRM

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hanya terdapat satu kes dikesan berkenaan aktiviti penawaran sijil vaksin palsu dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini.

Namun begitu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din menegaskan, pihaknya bagaimanapun kini sedang menjalankan risikan dan pemantauan bagi mengesan kumpulan atau individu persendirian yang mungkin menjalankan aktiviti ini.

Justeru itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan sebegini digesa menyalurkan maklumat tersebut.

“Orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559  dan 03-26101599 agar siasatan selanjutnya dapat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Mohd.Kamarudin, satu tangkapan telah dilakukan di Marang, Terengganu berkait penawaran sijil vaksin palsu ini membabitkan seorang pengamal kesihatan berusia 51 tahun.

Jelasnya, suspek menjalankan aktiviti penjualan sijil vaksin Covid-19 tanpa memberikan suntikan vaksin.

“Suspek kini sedang direman sehingga esok bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan tembelang doktor antivaksin berusia 51 tahun itu terbongkar selepas lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang.

Perkhidmatan penipuan sijil vaksinasi ini dilakukan suspek secara bersendirian di kliniknya dengan kebanyakan urusan dilakukan secara dalam talian termasuk melalui e-mel.

Suspek mengakui merupakan golongan antivaksin, malah turut melantik ejen dengan membayar komisen sebanyak RM50 bagi setiap satu sijil palsu yang dikeluarkan.

Hasil penahanan itu, pelbagai barangan dirampas termasuk satu set dokumen borang persetujuan suntikan Covid-19 diikuti 97 keping kad peringatan vaksinasi, satu set fail invois Sinovac, tiga set dokumen status vaksinasi di samping komputer riba. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya