Polis rampas mercun RM350,000 disimpan dalam kedai telefon bimbit - Utusan Malaysia

Polis rampas mercun RM350,000 disimpan dalam kedai telefon bimbit

KAMARUL Zaman Mamat menunjukkan mercun yang dirampas dalam sidang akhbar di Polis Marin Wilayah Dua Johor, Tampoi, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Cubaan sindiket penyeludupan mercun yang berselindung di sebalik kedai telefon di Taman Mutiara Mas, Skudai bagi mengaburi mata pihak berkuasa digagalkan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi sindiket itu ditumpaskan dengan penahanan seorang penjaga premis beserta rampasan pelbagai jenis mercun bernilai RM350,000.

Menurut beliau, suspek yang ditahan adalah seorang lelaki warganegara tempatan berusia 48 tahun.

“Dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 3 petang semalam itu, polis menemukan 250 kotak berisi 16 jenis mercun yang disimpan di dalam stor kedai berkenaan. 

“Pemeriksaan mendapati penjaga premis berkenaan tidak mempunyai dokumen sah untuk menyimpan dan menjual mercun berkenaan yang dipercayai untuk sambutan Tahun Baharu Cina ini,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, di sini hari ini. Turut hadir, Penolong Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Tambah Kamarul Zaman, penilaian dibuat mendapati nilai keseluruhan mercun dan bahan letupan beserta cukai dianggarkan RM350,000.

“Selain berselindung di sebalik premis telefon bimbit, sindiket ini juga menyimpan pelbagai jenis mercun yang dilarang dijual itu dalam kotak bertulisan ‘Happy Boom’. Bunga api jenis berkenaan memang dibenarkan untuk dijual namun sindiket ini menyimpan pelbagai jenis mercun lain yang tidak dibenar untuk dijual,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, suspek kini direman  tiga hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya