Pemilik syarikat direman, kemuka butiran matan palsu RM4,000 - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat direman, kemuka butiran matan palsu RM4,000

SEORANG pemilik syarikat kontraktor dibawa ke Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini untuk ditahan reman selepas dipercayai mengemukakan butiran matan palsu menerusi invois dalam tuntutan kepada sebuah universiti tempatan atas kerja dan perkhidmatan yang tidak dilakukan. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki pemilik sebuah syarikat kontraktor direman selama empat hari selapas cuba menipu sebuah universiti tempatan dalam tuntutan bagi kerja pemasangan, membuka dan membersihkan penyaman udara sebanyak RM4,000.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dipercayai mengemukakan butiran matan palsu dalam invoisnya apabila perkhidmatan yang dinyatakan itu tidak dilaksanakan.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini sebelum Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali memerintahkan lelaki berusia 48 tahun itu direman sehingga 15 Januari ini.

Terdahulu, suspek dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 3.22 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Berdasarkan siasatan awal, suspek dikatakan membuat tuntutan berkenaan pada 2018 dan projek ini merupakan yang ketiga diperolehi syarikatnya sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN