Kenyataan bercanggah, Ratu Sofya bakal disaman - Utusan Malaysia

Kenyataan bercanggah, Ratu Sofya bakal disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Ratu Sofya bakal disaman syarikat produksi HAS Pictures kerana enggan terlibat dalam siri promosi filem terbaharu lakonannya bertajuk Dosa Penebusan Atau Pengampunan.

Wakil Has Pictures, Reza Aditya berkata pihaknya sudah menghantar Letter of Demand (LOD) kepada pelakon berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Dia memberi alasan terdapat babak intim dalam filem itu, jadi enggan mengikuti siri promosinya.

“Memang benar ada babak seks, tapi pihak kami tidak terlalu mendedahkan perkara itu.

“Jalan ceritanya ada falsafah dan kisah tersendiri. Bukan semata-semata babak seks sahaja,” kongsinya.

Reza memaklumkan pelakon berkenaan bersetuju melakonkan babak itu tanpa menggunakan pelakon ganti.

“Kenyataannya bercanggah apabila memaklumkan boleh menggunakan pelakon ganti. Sebenarnya dia yang memilih untuk tidak menggunakannya.

“Dia tidak pernah membantah, sejak uji bakat sampailah penggambaran malah selesa sepanjang proses penggambaran,” kongsinya.

Reza dalam pada itu menuntut agar pelakon berkenaan memberi maklum balas sebelum pihaknya memfailkan saman di mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN