PETALING JAYA: Keupayaan Hospital Serdang menguruskan kira-kira 60 pesakit jantung setiap hari termasuk kes kritikal membuktikan tahap kepakaran dan kecekapan petugas kesihatan negara berada pada standard bertaraf dunia.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian membanggakan pasukan Pusat Jantung Serdang yang disifatkan berjaya memberikan rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat.
“Saya menghargai komitmen tinggi pasukan yang meletakkan nilai besar pada setiap nyawa, serta dedikasi tanpa henti seluruh Jabatan Kardiologi dalam memastikan pesakit menerima rawatan terbaik pada saat paling genting.
“Terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan atas jasa dan pengorbanan kalian. Teruskan kecemerlangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN










