AS, China sepakat tiada perang perdagangan hingga 10 Januari

AS, China sepakat tiada perang perdagangan hingga 10 Januari

china
Presiden AS Donald Trump (kiri) dan Presiden China Xi Jinping berjabat tangan ketika mereka beredar selepas perbincangan di Pangkalan Udara Gimhae, yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada 30 Oktober 2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju melanjutkan tempoh gencatan senjata perdagangan dua hala sehingga 10 Januari.

Tempoh berkenaan, yang dikenali sebagai Perjanjian Busan, pada asalnya dijadualkan berakhir pada 10 November.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, berkata keputusan melanjutkan perjanjian itu dibuat bagi memberi lebih banyak masa kepada kedua-dua negara untuk melaksanakan komitmen yang dipersetujui.

“Masih terdapat beberapa perkara yang belum dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak China. Jadi, kami mahu melihat sama ada dalam tempoh beberapa bulan akan datang mereka boleh melaksanakan perjanjian itu dengan lebih menyeluruh,” katanya dalam temu bual dengan Fox News.

Beliau berkata, AS juga menjangkakan kemungkinan pengumuman lanjut daripada delegasi China dalam beberapa hari akan datang.

Antara perkembangan yang mungkin diumumkan termasuk peningkatan pembelian produk pertanian AS oleh China serta perjanjian dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Pengumuman itu dibuat selepas Bessent mengadakan pertemuan tidak berjadual dengan Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, di Washington semalam.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×