MBS tampal notis tanpa lesen terhadap 100 papan iklan - Utusan Malaysia

MBS tampal notis tanpa lesen terhadap 100 papan iklan

ANTARA papan iklan tidak berlesen yang ditampal notis dalam satu operasi MBS di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Seremban, baru-baru ini.– IHSAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 100 papan iklan (billboard) di tepi Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) telah ditampal notis tanpa lesen dan permit oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam operasi yang diadakan pada 13 Januari sehingga semalam.

Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Mas Midyawan Yahya berkata, tindakan menerusi Op Menampal Notis Iklan Tidak Berlesen (Billboard) itu dilakukan terhadap iklan yang berada di tepi lebuh raya berkenaan bermula dari  susur masuk Plaza Tol Ainsdale arah utara.

“Sebanyak 100 papan iklan telah ditampal notis tanpa lesen/permit daripada MBS.

“Jabatan terlibat adalah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan (JUUP) eskot keselamatan dan Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran (JPKP) bagi maklumat dan status iklan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, mana-mana pengiklan yang diambil tindakan tersebut diminta menghubungi pihak MBS untuk dibantu.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta syarikat-syarikat yang meletakkan iklan mereka di papan iklan di sepanjang lebuh raya perlulah turut bertanggungjawab memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik mereka mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi berbuat demikian.

Ujar beliau, langkah itu bagi membendung isu papan iklan yang tidak mempunyai lesen dengan kebanyakannya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan yang berisiko mendatangkan bahaya termasuk kepada pengguna lebuh raya.

Kenyataan itu susulan Utusan Malaysia melaporkan terdapatnya segelintir syarikat pengiklan yang bertanggungjawab apabila mendirikan struktur papan iklan dengan menceroboh tanah berhampiran laluan lebuh raya.

Lebih mendukacitakan, struktur binaan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak PBT malah tidak membayar pula cukai taksiran selain tidak mendapatkan permit iklan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.