Lelaki tersepit dahan pokok sebesar pemeluk - Utusan Malaysia

Lelaki tersepit dahan pokok sebesar pemeluk

KEADAAN seorang lelaki yang tersepit dahan pokok yang ditebangnya di Kampung Pasir, Kuala Dipang dekat Kampar hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Seorang lelaki nyaris maut setelah tersepit dahan pokok sebesar pemeluk dalam kejadian di Kampung Pasir, Kuala Dipang di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 36 tahun sedang menebang pokok hutan di kebun miliknya.

Difahamkan, mangsa tersepit kira-kira 45 minit sebelum kejadian menimpa lelaki itu disedari abangnya yang kemudian menghubungi bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar, Mohd. Hisyam Zakariah berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian itu.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati mangsa dalam keadaan duduk di atas pokok pada ketinggian dua meter dengan dahan pokok itu menimpanya di bahagian perut dan pinggang.

“Ketika anggota tiba di lokasi, mangsa dalam keadaan sedar namun kesakitan. Kerja-kerja memotong dan mengalihkan dahan pokok segera dijalankan sebelum mangsa dibawa turun dengan berhati-hati.

“Operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit. Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian perut dan pinggang diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya