Lelaki terkapai-kapai sebelum tenggelam  - Utusan Malaysia

Lelaki terkapai-kapai sebelum tenggelam 

SEORANG lelaki ditemukan lemas di bawah jeti berdekatan Terminal Feri, Pengkalan Weld, Pulau Pinang selepas dilaporkan terjatuh ke laut petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Mayat seorang lelaki ditemukan di bawah jeti berdekatan Terminal Feri, Pengkalan Weld di sini selepas dilaporkan terjatuh ke laut petang tadi. 

Mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu dijumpai orang awam dalam keadaan terapung tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 4.03 petang. 

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya dimaklumkan yang orang awam sebelum itu cuba  menyelamatkan lelaki tersebut tetapi gagal. 

“Mangsa dikatakan berada dalam keadaan terkapai-kapai sebelum tenggelam dibawa arus. Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai  membuat pemantauan secara carian permukaan (surface searching) dari atas jeti. 

“Bagaimanapun, pada pukul 4.03 petang tadi, pasukan kita menerima maklumat daripada orang awam terdapat mayat terapung di bawah jeti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya