Lelaki rentung kebakaran kedai perabot - Utusan Malaysia

Lelaki rentung kebakaran kedai perabot

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut manakala dua lagi terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah kedai perabot di Kampung Cheras Baru di sini, kira-kira pukul 2.42 pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataannya memaklumkan, sebanyak 37 anggota dengan 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Balai Bantuan BBP Bandar Tun Razak, BBP Sungai Besi serta BBP Hang Tuah  ke lokasi kejadian.

“Anggota mendapati sebuah kedai membuat perabot terbakar 100 peratus. Kita menghadapi kesukaran ketika memadam api kerana risiko arus elektrik,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berkenaan dikawal daripada merebak bangunan sebelah pada pukul 3.30 pagi.

“Ada tiga mangsa berusia lingkungan 50-an dan 60-an. Dua dikeluarkan anggota dengan selamat, manakala seorang pekerja ditemukan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dan disahkan rentung oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Punca kebakaran masih disiasat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN