Lelaki meninggal dunia dalam kereta terkunci - Utusan Malaysia

Lelaki meninggal dunia dalam kereta terkunci

SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di tempat duduk sebuah kereta yang berkunci dalam kejadian di pekan Gemencheh, Tampin petang tadi. -GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di tempat duduk sebuah kereta yang berkunci dalam kejadian di pekan Gemencheh, di sini, petang tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 6.50 petang dan tiba di lokasi yang hanya dua kilometer pada pukul 6.53 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, sebaik sahaja tiba, didapati seorang lelaki berusia 57 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan.

“Pasukan bomba mengumpil pintu kereta jenis Proton Waja dan membawa keluar lelaki berkenaan.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norfaizal berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya dan di hantar ke Hospital Tampin untuk tujuan bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN