Lelaki maut kereta terbabas di bahu jalan - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta terbabas di bahu jalan

PASUKAN bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di Jalan Tenom Sapong, Tenom pagi ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Seorang lelaki maut setelah kenderaan dinaiki terbabas di bahu jalan di Jalan Tenom Sapong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, mangsa, Mexifamio Lee Chang Long, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Mohd. Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 4.26 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Semasa berada di lokasi, didapati seorang lelaki tersepit dalam kenderaan yang terbabas di bahu jalan dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya