Lelaki dicekup kes pecah mesin ATM bank - Utusan Malaysia

Lelaki dicekup kes pecah mesin ATM bank

ANGGOTA Forensik PDRM menunjukkan kesan retak pada cermin sebuah bank akibat cubaan memecahkan oleh seorang lelaki di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki dicekup bagi membantu siasatan kes pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pegawai bank yang memaklumkan terdapat bunyi penggera keselamatan di bank itu pada pukul 6.46 pagi.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiga mesin ATM mengalami kerosakan. Cermin premis itu turut retak dipercayai akibat kesan letupan yang berlaku di lokasi berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, seorang lelaki warga tempatan ditahan kira-kira pukul 5.30 petang Sabtu lalu.

“Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan jenayah. Polis turut merampas dua telefon bimbit   untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Kata Hoong Fong, suspek direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan. Selain itu, siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Tambah beliau, kes berkenaan masih dalam siasatan pihaknya dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33719999 atau balai polis berdekatan.

Tinjauan Utusan Malaysia sebelum ini mendapati sepasukan Unit Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen  (IPK) Selangor dan Bukit Aman giat menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Difahamkan, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya